Saturday 26 March 2016

Keabadian Tenaga


Saya pernah mendengar seorang guru fizik berkata "fear the law of physics, not the law of human" untuk yang menggunakan kereta di jalan raya.

Power point bab daya dan gerakan


Power point ini bukan hak milik saya, saya hanya kongsikan sahaja ðŸ˜Š

Friday 25 March 2016

Kaedah Penyoalan Guru dalam Pengajaran

       
       Salah satu komponen penting untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialan kaedah penyoalan atau teknik penyoalan yang digunakan oleh guru. Untuk menjanakan KBAT, soalan mestilah mendapatkan maklumat yang belum lagi di bentangkan . Teknik penyoalan merupakan salah satu cara guru membantu pelajar untuk menjana pengatahuan mereka sendiri dengan lebih berkesan bukan hanya dengan mengingat semula yang merupakan aras pemikiran aras rendah. Zamri dan Nor Razah (2011), dalam kajian mereka menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu sangat kerap menggunakan penyoalan di dalam kelas semasa sesi P&P. Bagaimanapun, kaedah penyoalan guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. F.J King e.t. al 2014 telah menyenaraikan beberapa strategi untuk bertanyakan soalan yang boleh membantu meningkatkan kemahiran berfikir :

  • Sebarkan soalan yang diajukan kepada seluruh kelas sebelum memanggil nama-nama tertentu samada yang sukarela atau tidak. (Kauchak & Eggen, 1998).
  • Untuk merangsang rasa ingin tahu atau pnyelesaian masalah, tanyakan soalan tentang paradox, dilemma dan masalah novel dan pendekatan. (Crowl et al., 1997; Kauchak & Eggen, 1998).
  • Beri peluang kepada pelajar untuk menjanakan soalan mereka sendiri tentang topik yang di ajar. (Crowl et al., 1997)
  • Mulakan soalan beraras rendah, perbetulkan apabila perlu dan bimbing ke arah soalan beraras tinggi. (Kauchak & Eggen, 1998)
  • Peruntukkan masa menunggu selepas memberi soalan kerana pelajar adalah berbeza dari segi kadar masa mereka menjawab. (Crowl et al., 1997; Kauchak & Eggen, 1998)

Untuk membantu murid untuk merangsang daya pemikiran yang tinggi, guru perlu memainkan peranan utama dalam mengaplikasikan teknik dan kemahiran yang  betul untuk meyoal pelajar. Guru haruslah peka kepada setiap perubahan yang berlaku dalam kelas dan perubahan tersebut sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengajaran.

Penyoalan guru sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang pemikiran pelajar, membolehkan guru memahami tahap pelajar dan membantu guru dalam memperuntukkan penjelasan yang sewajarnya kerana ia dapat membantu pelajar dalam menjelaskan lagi kefahaman mereka. Dalam kajian yang dijalankan oleh Tay Chong Seng dan Mohammad Yusof Arshad yang memfokuskan penyoalan dalam kelas sains, cuba untuk melihat bagaimana kaedah penyoalan guru melalui 24 kategori interaksi verbal yang berlaku dalam bilik darjah dan penyoalan guru di lihat daripada segi kaitan dengan akademik bersama subkategorinya dan tidak berkaitan akademik iaitu secara pentadbiran. Mereka menjelaskan penyoalan guru merujuk kepada verbal guru yang diajukan kepada pelajar dalam proses mendapatkan maklumat. Dapatan kajian yang dilakukan menjelaskan guru mengaplikasikan pendekatan konstrukstivisme tetapi tidak dapat memberi cetus idea di kalangan murid untuk mengaitkan pelajaran lepas kepada pengajaran yang seterusnya. Jelas disini pelajar dapat memberi respon kerana penyoalan yang diberikan adalah pada tahap mengingat semula kerana dari pemerhatian mendapati pelajar dapat memberi jawapan yang betul dalam masa yang singkat dan melibatkan kebanyakan pelajar dalam kelas tersebut. Soalan fasa pencetusan idea pelajar yang diajukan kebiasaannya lebih memandu kepada maklum balas pendek daripada pelajar. Ini menyebabkan soalan berkenaan biasanya dapat dijawab dengan betul seperti kehendak guru sama ada secara beramai-ramai atau individu oleh pelajar. Diperlihatkan juga dalam kajian tersebut bagaimana sepanjang proses pengajaran oleh guru banyak berbantu kaedah penyoalan dalam memandu proses kendiri pelajar untuk membentuk kefahaman pelajar supaya tidak sepenuhnya bergantung kepada suapan dari guru semata-mata. Tujuan utama kaedah soalan berkesan membantu pelajar merangsang idea baru di mana menjana persoalan baru dalam minda pelajar seterusnya membawa kepada rasa ingin tahu pelajar.

Salam perkenalan....

Assalamualaikun dan salam sejahtera dunia.... ðŸ˜„

Selamat datang kepada yang sudi berkunjung ke blog saya. Blog ini hanyalah satu medium untuk saya berkongsi apa sahaja dengan rakan-rakan semua tetapi lebih kepada bidang pendidikan, almaklumlah saya seorang cikgu. Datangla singgah sambil santai-santai dengan fizik dan dunia pendidikan